Kalau Rajin Sila Lah Klik

Monday, April 26, 2010

APAKAH SUNTIKAN PLASENTA?


Suntikan Plasenta merupakan suntikan anti penuaan yang semakin popular di kalangan wanita mahupun kaum lelaki kerana kesannya yang sangat menakjubkan. Plasenta adalah sumber yang kaya dengan nutrien. Plasenta adalah sumber yang kaya dengan nutrien. Ia mengandungi nutrien bio aktif seperti asid amino, melatonin, asid nucleic (RNA dan DNA), antioksidan. Ada banyak jenis plasenta antaranya daripada haiwan seperti kambing biri-biri. Ada juga plasenta daripada manusia yang diimport dari India dan Jepun. Bagaimanapun, sel terapi daripada kambing biri-biri lebih popular bagi rawatan anti penuaan.


Penggunaan ekstrak plasenta daripada kambing biri-biri sebenarnya dibangunkan buat pertama kali di negara-negara Eropah. Switzerland adalah antara negara yang cukup popular dengan rawatan anti penuaan berasaskan plasenta. Di Eropah, keberkesanan terapi sel diterima sepenuhnya dan berupaya membentuk sistem imunisasi menentang penyakit, seakan ‘overhaul’ keseluruhan sistem tubuh. Justeru, bukan satu rahsia, golongan berada dan terkenal saban tahun membuat lawatan ke klinik kecantikan di Switzerland bagi mendapatkan perkhidmatan terapi sel. Kesannya bukan saja dari segi anti penuaan malah boleh menyuntik keremajaan dalam penampilan.


Jika anda berasakan terapi sel ini perkara baru, sebenarnya anggapan itu salah kerana ada sesetengah bentuk terapi sel sudah menjadi sebahagian kehidupan. Pemindahan darah misalnya, juga satu bentuk terapi sel. Selalunya mereka yang memilih sel terapi akan berasa letih dan sukar untuk menumpukan tumpuan. Keletihan menyebabkan semua kerja terbengkalai. Anda akan lebih merasa keletihan itu apabila berusia 40 tahun ke atas.Bagaimanapun, dengan terapi sel, selalunya pengguna memiliki lebih stamina untuk menyelesaikan kerja. Selain ‘meremajakan’ diri dari segi penampilan, ia membantu membaiki sistem imunisasi dan mencegah serta merawat masalah disebabkan penuaan seperti alzeimer.


Di samping itu juga ia merupakan salah satu kaedah pencerahan kulit selain suntikan Vitamin c & putih. Selain membantu dalam proses penyerahan kulit, kandungan dalam placenta juga berupaya membantu meningkatkan kemampuan kulit dalam penyerapan oksigen, meningkatkan metabolisme, serta membantu membentuk sel-sel baru. Berikut merupakan antara kebaikan Suntikan Placenta :


  • Menghasilkan sel dan tisu baru dalam badan

  • Meningkatkan Imune sistem badan bagi menghalang sebarang jangkitan

  • Meningkatkan Keupayaan Minda

  • Mengurangkan Pigmentasi

  • Memberikan impak glow pada wajah

  • Meningkatkan stamina

  • Mengurangkan serangan sakit jantung


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...